Saturday, 2 April 2011

Inilah Yang aku Mimpi Dahulu..

Bila ku sentuh wajahmu..
Hati ini runtun jadi pilu..
Minda terdetik sayu
"Inilah yang aku mimpi dahulu"
Hidup berdua disampingmu..

Bila kau peluk diriku
Hati ini sedih jadi kelu
Inilah yang ku angan dahulu
Sentiasa dalam dakapanmu

Janganlah manisnya sebentar sahaja
Jangan berhenti kata2 cinta
Sepatutnya begini sebenarnya
Semua yang berumahtangga
Bertanggungjawab menyinta..

Kulunaskan cinta agar kau senang
Kuikhlaskan hati agar kau tenang
Kerana inilah yang kuimpikan dahulu
Hidup berdua denganmu..

Jangan buat hati ini meronta
Janganlah langgari waktu
Jangan biar ku tertunggu-tunggu
Kerna aku masih lagi berpegang pada janjimu
Yang kau lafaz malam itu

Ingin saja kulaungkan pada semua
Kau dan aku berdua
Jangan sesiapa ada di antara kita
Kota apa yang kau kata
Kerana
Inilah yang aku mimpi dahulu..

31/7/2010

No comments:

Post a Comment