Friday, 22 April 2011

Bila Jauh

Bila kau jauh..
Hati rindu ku diamkan
Hati sedih aku senyumkan
Biar aku sahaja tahu.. aku sedang merindu
Bila kau jauh..
Teringat kata2 manis
Dan semua yg buat ku senyum
Kau menghias dan lengkapi hari
Aku ingin sampaikan rindu                                        
adakah kau sepertiku
apakah kau juga merindu
Lalu aku berangan2.. nanti bila kita bersama
Akan aku bertawa senda
supaya kau gembira..

Bila Jauh..
Baru aku sesali
Perbalahan yg pernah kita lewati
Dan semua seakan beerti
Setiap kata2 aku ingati
Kau sedang memonopoli hati
Aku semakin terdesak merindu
Cepatlah pulang ke pangkuanku
Bila kau jauh.. aku semakin merindu..

Saturday, 2 April 2011

Inilah Yang aku Mimpi Dahulu..

Bila ku sentuh wajahmu..
Hati ini runtun jadi pilu..
Minda terdetik sayu
"Inilah yang aku mimpi dahulu"
Hidup berdua disampingmu..

Bila kau peluk diriku
Hati ini sedih jadi kelu
Inilah yang ku angan dahulu
Sentiasa dalam dakapanmu

Janganlah manisnya sebentar sahaja
Jangan berhenti kata2 cinta
Sepatutnya begini sebenarnya
Semua yang berumahtangga
Bertanggungjawab menyinta..

Kulunaskan cinta agar kau senang
Kuikhlaskan hati agar kau tenang
Kerana inilah yang kuimpikan dahulu
Hidup berdua denganmu..

Jangan buat hati ini meronta
Janganlah langgari waktu
Jangan biar ku tertunggu-tunggu
Kerna aku masih lagi berpegang pada janjimu
Yang kau lafaz malam itu

Ingin saja kulaungkan pada semua
Kau dan aku berdua
Jangan sesiapa ada di antara kita
Kota apa yang kau kata
Kerana
Inilah yang aku mimpi dahulu..

31/7/2010