Wednesday, 17 August 2011

Buatmu

Sendiri melayan diri
saat kau jauh di sisi
Baru terasa kerinduan di hati
Manakan lena tanpamu menemani
Sesaat yang di lalui mengimbau senda gurau
juga dosa2 lampau
Yang aku ingin disini..hanyalah kau disini
Dan kuingat bila kau disini
Terasa dengupan jantungku
terasa hembusan nafasku
Barulah terasa hidupku..

Sendiri melayan emosi
Mengharap segalanya diberkati
Semoga bait2 rindu ini dapat kau rasai
Sehingga satu ketika.. aku rasa ingin menangis
serasa mahu laungkan supaya kau terus kembali
rindu ini melahar dan membakar
menjadikan hatiku rapuh bagai debu

Bi..
Aku rindu saat kau tak menemani
Bila kau tiada di sisi
Aku mahu dicinta.. dan aku mahu mencintai
dirimu...sehingga akhir hayat ini..